Sejarah awal Bugis
Perubahan Dari Zaman Logam
Kerajaan-kerajaan
awal Bugis mengikut teks La Galigo
Permulaan
sejarah Bugis lebih kepada mitos dari sejarah
lojik. Di dalam teks La Galigo, populasi awal
adalah terhad dan terletak di persisiran pantai dan tebing sungai dan
penempatan ini dihubungi dengan pengangkutan air. Penempatan di tanah tinggi
pula didiami oleh orang Toraja.
Penempatan-penempatan ini bergantung kepada salah satu daripada tiga pemerintahan
iaitu Wewang
Nriwuk, Luwu' dan Tompoktikka.
Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, terdapat kemungkinan penempatan awal
tersebar di seluruh Tana Ugi, malahan jauh
ketengah hutan dimana tidak dapat dihubungi melalui pengangkutan air. Mengikut
mitos, terdapat migrasi yang ingin
mencari tanah baru untuk didiami. Implikasi penempatan ditengah-tengah hutan
ini ialah perubahan fizikal hutan, dimana hutan-hutan ditebang dan proses
diteruskan sehingga abad ke20.
Teknik Dan Perbezaan Ekonomi
Penebangan
hutan ini mungkin seiring dengan pembuatan besi untuk membuat alat-alat
tertentu seperti kapak. Malahan, pemerintah
pertama (mengikut sejarah) kerajaan Bone memakai
gelaran 'Panre Bessi' atau 'Tukang Besi'. Selain itu, terdapat juga hubungan
yang cukup rapat diantara pemerintah Sidenreng dengan
penduduk kampung Massepe,
tempat penumpuan pembuatan alatan besi oleh orang Bugis dan tempat
suci dimana 'Panre Baka' ('Tukang Besi Pertama') turun dari Syurga/Langit.
Walaubgaimanapun, sesetengah mengatakan 'Panre Baka' berasal dari Toraja.
Satu lagi
inovasi yang diperkenalkan ialah penggunaan kuda. Walaupun
tidak disebut di dalam teks La Galigo, menurut
sumber Portugis, pada abad
ke16, terdapat banyak penggunaan kuda di kawasan gunung. Maka, inovasi ini
mungkin diperkenalkan antara abad ke 13 dan abad ke 16. Maksud kuda di dalam Bahasa
Bugis , ialah
'anyarang' (Makassar: jarang), cukup berbeza dengan Bahasa
Melayu, malahan ia
diambil dari Jawa ( 'jaran' ).
Perkataan ini mungkin digunakan pada abad ke14, ketika Jawa diperintah
oleh Majapahit.
Pertambahan
penduduk memberi kesan kepada teknik penanaman padi. Teknik potong dan bakar digantikan
dengan teknik penanaman padi
sawah. Penanaman padi
sawah
terang-terangan diimport kerana penyuburan sawah (plough) di dalam Bahasa
Bugis ialah
'rakalla' berasal dari perkataan 'langala' yang digunakan hampir seluruh Asia
Tenggara, contohnya Cam, 'langal', Khmer, angal dan Bahasa
Melayu, tengala.
Teknik 'rakalla' ini digunakan di India dan sebahagian
Asia
Tenggara, manakala sebahagian lagi daripada Asia
Tenggara diambil dari China. Ini sekaligus
membuktikan wujudnya perhubungan diantara Sulawesi
Selatan dengan bahagian barat Asia
Tenggara selain Jawa.
Perubahan di
dalam bidang ekonomi berhubung kait dengan pertambahan penduduk di
tangah-tengah benua. Pada mulanya, sumber ekonomi majoriti populasi Bugis ialah
penanaman padi manakala
golongan elit mengawal sumber-sumber asli dari hutan, perlombongan dan
sumber-sumber dari laut. Sumber-sumber asli ini mendapat permintaan dari luar Sulawesi dan ini
membolehkan golongan elit memperdagangkan sumber-sumber ini dan membolehkan
mereka membeli barang-barang mewah dari luar seperti seramik China, Sutera India, cermin etc.
Walaubagaimanapun, pengawalan pertanian oleh golongan elit masih memainkan
peranan penting ketika itu.
Perubahan Sosio-Politik
Implikasi
terakhir dari penyebaran etnik Bugis keseluruh Sulawesi Selatan ialah perubahan didalam politik.
Kerajaan-kerajaan lama Bugis iaitu Luwu', Sidenreng, Soppeng dan Cina (kemudiannya menjadi Pammana) masih
berkuasa tetapi mungkin terdapat pembaharuan didalam pentadbiran ataupun
pertukaran dinasti. Kuasa-kuasa kecil muncul di penempatan-penempatan baru
( 'wanua' ) dan diperintah oleh seorang ketua digelar 'matoa' atau 'arung'.
Sesetengah penempatan awal ini (tidak disebut didalam La Galigo) seperti Bone, Wajo dan Goa kemudiannya
menjadi kerajaan-kerajaan utama.
Walaubagaimnapun,
sesetengah kerajaan yang disebut di dalam teks La Galigo seperti Wewang
Nriwu' dan Tompoktikka 'hilang' di
dalam rekod sejarah, dan ini menyebabkan sesetengah sejarahwan percaya bahawa
kerajaan-kerajaan ini tidak wujud sama sekali.
Kontranya,
terdapat perubahan didalam sosio-politik yang nyata di permulaan teks sejarah
iaitu wujudnya satu perhubungan kontrak di antara pemerintah dan pa'banua
(rakyat negeri tersebut yang merupakan orang kebanyakkan.) Di dalam masyarakat
awal, keselamatan dan sumber pendapatan penduduk (seperti mendirikan rumah,
memberi kerja dan membekalkan keperluan tertentu) merupakan tanggungjawab
pemerintah. Situasi ini berbeza sekali seperti di dalam teks La
Galigo di mana
pemerintah tidak perlu membekalkan apa-apa kepada penduduk.
Perubahan Agama
Kesinambungan
dari zaman logam diteruskan di dalam bidang keagamaan. Bissu (bomoh)
kekal menjadi elemen penting di dalam hal-hal keagamaan sebelum kedatangan Islam. Perubahan di
dalam bidang keagamaan ialah pembakaran mayat dan debu bagi orang-orang
terpenting di simpan di dalam tempat penyimpanan debu (bersaiz seperti labu)
manakala tempat pembakaran mayat disebut Patunuang. Walaubagaimanapun,
pembakaran mayat terhad kepada tempat-tempat tertentu. Menurut sumber Portugis, Makassar
mengekalkan teknik penanaman mayat dan Toraja pula
membiarkan mayat reput di gua-gua.
Pemerintah-pemerintah
awal pula tidak ditanam mahupun dibakar dan mereka dikatakan 'hilang',
bermaksud kembali ke syurga. Menurut sumber, mayat-mayat pemerintah awal
dibiarkan bersandar di pokok reput sehingga tinggal tulang. Mayat bayi pula di
tenggelamkan di sungai ataupun laut.
Kerajaan-Kerajaan Awal Bugis
Di akhir abad
ke 15, Luwu', yang dianggap sebagai ketua bagi komuniti Bugis, mendominasi
kebanyakkan kawasan di Tana Ugi termasuklah
tebing Tasik Besar, sepanjang sungai Welennae, tanah pertanian di sebelah
timur, sepanjang persisiran pantai yang menghadap Teluk Bone, Semenanjung Bira, Pulau Selayar dan Tanjung Bataeng.
Walaubagaimanapun, kerajaan ini mula menghadapi tentangan dari
kerajaan-kerajaan lain di sekitarnya.
Situasi Politik Di Akhir Abad ke 15
Pada awal abad
ke 15, Luwu' menguasai Sungai Cenrana yang menghubungi Tasik Besar. Penempatan
Luwu' pula terletak di muara sungai Cenrana, manakala di hulu sungai pula
terdapat beberapa kerajaan kecil. Luwu' cuba mengekalkan pengaruhnya di
bahagian barat, di jalan perhubungan antara Selat Makassar dan Sungai Cenrana melalui Tasik Besar, untuk mengawal
perdagangan sumber-sumber asli di sebelah barat, mineral dari pergunungan Toraja dan sumber pertanian
sepanjang Sungai Welennae.
Walaubagaimanapun, Sidenreng, terletak di
bahagian barat Tasik Besar telah memilih untuk berlindung di bawah Soppeng. Pada masa
yang sama, Sawitto', Alitta, Suppa', Bacukiki' dan Rappang, juga terletak di
sebelah barat telah membentuk satu konfederasi dinamakan '
Aja'tappareng ' (tanah disebelah barat tasik) sekaligus menyebabkan Luwuk
hilang pengaruh di atas kawasan ini.
Malahan,
sesetengah penempatan-penempatan Bugis mula enggan
berada dibawah pemerintahan Luwu'. Di hulu Sungai Cenrana pula, kerajaan Wajo' sedang membangun
dan mula menyebarkan pengaruhnya untuk mengawal kawasan sekelilingnya. Manakala
pemerintah-pemerintah di kawasan sekeliling Wajo' pula di gelar 'Arung Matoa'
bermaksud Ketua Pemerintah. Sekitar 1490, salah seorang dari pemerintah ini
membuat perjanjian dengan Wajo', dan sekaligus meletakkan Luwu' dibawah
pengaruh Wajo'. Pada tahun 1498 pula, penduduk Wajo' melantik Arung Matoa Puang
ri Ma'galatung, seorang pemerintah yang disegani oleh orang Bugis, dan berjaya
menjadikan Wajo' sebagai salah satu kerajaan utama Bugis.
Di sebelah
selatan pula, Bone, di bawah
pemerintahan Raja Kerrampelua, sedang meluaskan sempadannya di kawasan
pertanian sekaligus membantu ekonomi Bone, menambah kuasa
buruh dan kuasa tentera.
Penempatan Bugis yang disebut
di dalam La
Galigo kini terletak
di bawah pengaruh kerajaan-kerajaan yang membangun. Soppeng pula terperangkap
di antara Sidenreng, Wajo' dan Bone manakala penempatan di tanah tinggi cuba
keluar dari pengaruh Luwu' dan pada masa yang sama ingin mengelakkan pengaruh
kerajaan-kerajaan yang sedang membangun.
Kejatuhan Luwuk
Tempoh antara
1500 dan 1530 menyaksikan kerajaan Luwu' mula merosot. Ketika itu, Luwu'
diperintah oleh Dewaraja, seorang pahlawan yang hebat. Didalam pertemuan
diantara Dewaraja dan Arung Matoa Puang ri Ma'galatung pada tahun 1508,
Dewaraja bersetuju untuk menyerahkan kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Cenrana kepada Wajo' sebagai pertukaran Wajo'
hendaklah membantu Luwu' menguasai Sidenreng dimana
Sidenreng berjaya dikuasai oleh Luwuk dan Sidenrang terpaksa menyerahkan kepada
Wajo' kawasan timur
laut dan utara Tasik Besar.
Pada tahun
1509, Luwu' menyerang Bone untuk menyekat
kuasa Bone tetapi ketika itu, Bone sudah pun menjadi sebuah kerajaan yang kuat
dan tentera Luwuk mengalami kekalahan. Malahan Dewaraja, walaupun berjaya
melarikan diri, hampir dibunuh jika tidak kerana amaran pemerintah Bone kepada
tenteranya untuk tidak 'menyentuh' ketua musuh Bone. Walaubagaimanapun, Payung
Merah milik Luwu' yang menjadi
simbol ketuanan tertinggi berjaya dimiliki Bone sekaligus mengakhiri ketuanan
Luwu' di negeri-negeri Bugis.
Walaubagaimanapun, ketuanan Luwu' masih disanjung tinggi dan dihormati oleh
kerajaan-kerajaan lain di Sulawesi
Selatan. Bila penggantinya Dewaraja mangkat, Wajo' menyerang Luwu' dan meluaskan
pengaruhnya di daerah-daerah Luwu'. Ini membolehkan Wajo' menguasai beberapa
kawasan-kawasan yang strategik.
Kemunculan Makassar
Pada masa yang
sama, berlakunya peristiwa-peristiwa penting di sebelah barat dan selatan Sulawesi Selatan. Siang ketika itu masih lagi menjadi kuasa utama di persisiran
barat Makassar dan Bantaeng
(ketika itu dibawah penagruh Luwu') di sebelah selatan manakala terdapat dua
penempatan Makassar iaitu Goa dan Tallo' yang mula membangun dan meluaskan
pengaruh mereka.
Mengikut sumber
yang diragui kesahihannya, Goa dan Tallo' pada mulanya adalah satu negeri. Pada
sekitar abad ke 15, Raja Tunatangka'lopi membahagikan kawasan itu kepada dua
orang puteranya menjadi Goa dan Tallo'. Terdapat juga kisah yang lain di mana
dibawah Raja Daeng Matanre' (1510-1547), suatu pejanjian telah dibuat. Mengikut
perjanjian tersebut, Goa dan Tallo' akan menjadi kerajaan kembar, di mana
terdapat dua pemerintah tetapi satu kerakyatan. Sesiapa yang cuba menentang
perjanjian ini akan dihukum oleh Tuhan. Peristiwa ini mengikut Bulbeck('History
Archeology':117) berlaku selepas 1535. Peta Sulawesi yang dilukis Portugis pertama kali
pada tahun 1534 tidak menyentuh tentang Goa, dan hanya memeta
'Siom"(Siang), 'Tello'(Tallo') dan 'Agacim'(Garassi'). Mengikut penulisan Antonio de Paiva, Goa, (di mana
didalam penulisannya merujuk kepada Bandar Besar) yang kemudiannya muncul di
peta Portugis, sebelumnya
dianggap di bawah pengaruh Siang. Sebaliknya kerajaan Tallo' yang dibawah pengaruh Siang dan kemudiannya dibawah pengaruh Goa. Goa kemudiannya
menguasai Garassi', sebuah pelabuhan yang menghubungkan Jawa, sekaligus
membolehkan Goa mengawal perdagangan laut.
Permualaan
sejarah Goa dan Tallo' berlaku di akhir abad ke 15, tetapi laporan mengenai
peristiwa-peristiwa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu masih tidak jelas.
Polisi perluasan kuasa mungkin bermula ketika zaman pemerintahan Raja Daeng
Matenre, Goa, dan berterusan selama dua abad selepasnya. Antara daerah-daerah
yang dikuasainya ialah Bajeng, sekutu-sekutu Tallo', kawasan-kawasan di bawah
pengaruh Bantaeng dan Gantarang.
Kejayaan
kerajaan kembar ini, lebih dikenali dikalangan pedagang asing sebagai sebuah
'negara' digelar Makassar. Ia boleh
dikatakan satu gabungan yang bijak di mana pemerintah Goa meneruskan penguasaan
wilayah manakala pemerintah Tallo', yang mendapati potensi Makassar sebagai
pelabuhan yang berjaya, menumpukan bahagian perdagangan. Ini kemudiannya
menjadikan Makassar salah satu kuasa yang kuat di Sulawesi
Selatan.
Kemangkatan
Dewaraja, pemerintah Luwuk, menyebabkan berlakunya perbalahan dinasti. Daeng
Mantare membantu Bone menawan Luwuk di mana ketika itu pemerintahan Luwuk
dituntut oleh Sanggaria. Pada sekitar tahun 1535, Sanggaria kemudiannya mendapatkan perlindungan
di Wajo'. Kesempatan ini direbut oleh Bone dan Goa di mana Luwuk kemudiannya
terpaksa menandatangani perjanjian mengakui kekalahannya dan akan menyertai
Goa, Bone dan Soppeng menentang Wajo' atas tindakan Wajo' yang bersifat neutral
ketika peperangan berlaku. Ini menyebabkan Wajo' terpaksa menukar ikrar setia
dari Luwuk kepada Goa. Sanggaria kemudiannya dibenarkan menjadi raja Luwuk
tanpa kuasa.
Asal Usul Gelar Andi pada Bangsawan Bugis
Asal-usul gelar andi
yang disematkan di depan nama bangsawan bugis memang menjadi pertanyaan banyak
orang. Bermacam-macam pendapat dari para sejarawan ataupun cerita orang-orang
tua dulu tentang awal mula munculnya gelar andi di dalam masyarakat bugis,
namun belum ada yang dapat menunjukkan bukti atau sumber yang benar-benar dapat
dijadikan rujukan mutlak.
Dari beberapa sumber
yang kami dapatkan, maka dapat diuraikan secara singkat tentang penggunaan nama
Andi sebagai gelar yang digunakan para bangsawan Bugis.
Sebutan “Andi” adalah
sebutan alur kebangsawanan yang diwariskan hasil genetis (keturunan) Lapatau,
pasca Bugis merdeka dari orang Gowa.” Andi” ini dimulai ketika 24 Januari 1713
dipakai sebagai extention untuk semua keturunan
hasil perkawinan Lapatau dengan putri Raja Bone sejati, Lapatau dengan putri
Raja Luwu (yang bersekutu dengan kerajaan Gowa), Lapatau dengan putri raja Wajo
(yang bersekutu dengan kerajaan Gowa), Lapatau dengan putri Sultan Hasanuddin
(Sombayya Gowa), Anak dan cucu Lapatau dengan putri Raja Suppa dan Tiroang.
Anak dan cucu Lapatau dengan putri raja sejumlah kerajaan kecil yang berdaulat
di Celebes.
Perkawinan tersebut sebagai upaya VOC untuk membangun dan mengendalikan sosiologi baru di Celebes. Dan dengan alasan ini pula maka semua bangsawan laki-laki yang potensial pasca perjanjian bungaya, yang extrim dikejar sampai ke pelosok nusantara dan yang softly diminta tinggalkan bumi sawerigading (Celebes).
Perkawinan tersebut sebagai upaya VOC untuk membangun dan mengendalikan sosiologi baru di Celebes. Dan dengan alasan ini pula maka semua bangsawan laki-laki yang potensial pasca perjanjian bungaya, yang extrim dikejar sampai ke pelosok nusantara dan yang softly diminta tinggalkan bumi sawerigading (Celebes).
Siapa yang pungkiri
kalau (Alm) Jendral Muhammad Yusuf adalah bangsawan Bugis, tetapi beliau enggan
memakai produk exlusivisme buatan VOC. Beliau
sejatinya orang Bugis genetis sang Sawerigading. Siapa pula yang pungkiri bahwa
Yusuf Kalla adalah bangsawan Bugis tetapi beliau tidak memakai gelar “Andi”
karena bukan keturunan langsung Lapatau.
Dalam versi lain,
walaupun kebenaraannya masih dipertanyakaan selain karena belum ditemukan
catatan secara tertulis dalam “Lontara” tetapi ada baiknya juga dipaparkan
sebagai salah satu referensi penggunaan nama “Andi” tersebut. Di era
pemerintahan La Pawawoi Karaeng Sigeri hubungan Bone dan VOC penuh dengan
ketegangan dan berakhir dengan istilah “Rompana
Bone“.
Dalam menghadapi Belanda dibentuklah pasukan khas yaitu pasukan “Anre
Guru Ana’ Karung” yang di pimpin sendiri Petta Ponggawae. Dalam pasukan
tersebut tidak di batasi hanya kepada anak-anak Arung (bangsawan) saja tetapi
juga kepada anak-anak muda tanggung yang orangtuanya mempunyai kedudukan di
daerah masing-masing seperti anak pabbicara’e, salewatang dan lain-lain, bahkan
ada dari masyarakat to meredaka. Mereka mempunyai ilmu sebagai “Bakka
Lolo
dan Manu Ketti-ketti“. Anggota pasukan
tersebut disapa dengan gelaran “Andi” sebagai keluarga muda angkat Raja Bone
yang rela mati demi patettong’ngi alebbirenna Puanna (menegakkan
kehormatan rajanya).
Menurut cerita
orang-orang tua Bone, Petta Imam Poke saat menerima tamu yang mamakai gelaran
“Andi” atau “Petta” dari daerah khusus Bone maka yang pertama ditanyakan “Nigatu
Wija idi’ Baco/Baso? (anda keturunan siapa Baso/Baco?).
Baso/Baco adalah sapaan untuk anak laki-laki. Jika mereka menjawab “Iyye,
iyya atanna Petta Pole (saya adalah hambanya Petta Pole)”,
maka Petta Imam Poke mengatakan “Koki tudang ana
baco/baso”
(duduklah disamping saya) sambil menunjukkan dekat tempat duduknya, maka
nyatalah bahwa “Andi” mereka pakai memang keturunan bangsawan pattola,
cera dan rajeng, tetapi kalau jawaban Petta mengatakan “oohh,
enreki mai ana baco” sambil menunjukkan tempat duduk di ruang tamu maka
nyatalah “Andi” mereka pakai karena geleran bagi anak ponggawa
kampong
(panglima) atau ana to maredeka yang pernah ikut
dalam pasukan khas tersebut.
Dalam versi yang
hampir sama, gelar “Andi” pertama kali digunakan oleh Raja Bone ke-30 dan ke-32
La Mappanyukki, beliau adalah Putra Raja Gowa dan Putri Raja Bone. Gelar itu
disematkan didepan nama beliau pada Tahun 1930 atas Pengaruh Belanda. Gelar
Andi tersebut bertujuan untuk menandai Bangsawan-bangsawan yang berada dipihak
Belanda, dan ketika melihat berbagai keuntungan dan kemudahan yang diperoleh
bagi Bangsawan yang memakai gelar “Andi” didepan namanya, akhirnya setahun
kemudian secara serentak seluruh Raja-Raja yang berada di Sulawesi Selatan
menggunakan Gelar tersebut didepan namanya masing-masing.
Kelihatannya kita harus membuka lontara antara era pemerintahan La Tenri Tatta Petta To Ri Sompa’e sampai La Mappanyukki khususnya versi Bone karena era itulah terjadi jalinan kerja sama maupun perseteruan antara Raja-Raja di celebes dengan VOC, selain itu orang yang bersangkutan menyaksikan awal penggunaan secara meluas bagi Ana’ Arung juga semakin sukar dicari alias sudah banyak yang berpulang ke Rahmatullah, salah satu pakar yang begitu arif tentang masalah ini adalah Almahrum Tau Ri Passalama’e Anre Gurutta H.A.Poke Ibni Mappabengga (Mantan imam besar mesjid Raya Bone)…
Kelihatannya kita harus membuka lontara antara era pemerintahan La Tenri Tatta Petta To Ri Sompa’e sampai La Mappanyukki khususnya versi Bone karena era itulah terjadi jalinan kerja sama maupun perseteruan antara Raja-Raja di celebes dengan VOC, selain itu orang yang bersangkutan menyaksikan awal penggunaan secara meluas bagi Ana’ Arung juga semakin sukar dicari alias sudah banyak yang berpulang ke Rahmatullah, salah satu pakar yang begitu arif tentang masalah ini adalah Almahrum Tau Ri Passalama’e Anre Gurutta H.A.Poke Ibni Mappabengga (Mantan imam besar mesjid Raya Bone)…
Gelar Andi, menurut
Susan Millar dalam bukunya ‘Bugis Weddings’ (telah diterbitkan
oleh Ininnawa berjudul (Perkawinan Bugis) disinggung bagaimana proses lahirnya
gelar Andi itu. Memang, seperti yang disinggung di atas, saat itu Pemerintah
Belanda di tahun 1910-1920an ingin memperbaiki hubungan dengan para bangsawan
Bugis dengan membebaskan keturunan bangsawan dari kerja paksa. Saat itu muncul
masalah bagaimana menentukan seorang berdarah bangsawan atau tidak. Akibatnya,
berbondong-bondonglah warga mendatangi raja dan menegosiasikan diri mereka
untuk diakui sebagai bangsawan, karena rumitnya proses itu maka dibuatlah
sebuah gelar baru untuk menentukan kebangsawanan seseorang dengan derajat yang
lebih rendah. di pakailah kata Andi untuk menunjukkan kebangsawanan seseorang
dalam bentuk sertifikat (mungkin sejenis sertifikat yang menunjukkan bahwa yang
bersangkutan telah lulus dalam kursus montir mobil atau sejenisnya).
Penggunaan Andi saat
itu juga beragam di setiap kerajaan. Soppeng misalnya hanya menetapkan bahwa
gelar Andi adalah bangsawan pada derajat keturunan ketiga, sementara Wajo dan
Bone hingga keturunan ketujuh.
Dari sumber
berikutnya dapat kami uraikan sebagai berikut. Gelar Kebangsawanan “Datu”
adalah gelar yang sudah ada sejak adanya kerajaan Bugis, di Luwu misalnya,
semua raja bergelar Datu, dan Datu yang berprestasi bergelar Pajung, jadi tidak
semua yang bergelar Datu disebung Pajung. Sama halnya di Bone, semua raja
bergelar Arung, tapi tidak semua Arung bergelar Mangkau, hanya arung yang
berprestasi bergelar Mangkau. Begitu juga di Makassar atau Gowa, semua
bangsawan atau raja-raja bergelar Karaeng, hanya yang menjadi raja di Gowa yang
bergelar Sombaiya.
Gelar kebangsawanan
lainnya, mengikut kepada pemerintahan atau panggaderen di bawahnya, seperti
Sulewatang, Arung, Petta, dan lain-lain. Jadi gelar itu mengikut terhadap
jabatan yang didudukinya. Sementara untuk keturunannya yang membuktikan sebagai
keturunan bangsawan, di Makassar dipanggil Karaeng. sedang di Bugis dipanggil
Puang, dan di Luwu dipanggil Opu.
Adapun gelar Andi, pertama-tama yang menggunakannya adalah Andi Mattalatta untuk membedakan antara pelajar dari turunan bangsawan dan rakyat biasa. Dan gelar Andi inilah yang diikuti oleh turunan bangsawan Luwu, dan Makassar. Jadi di zaman Andi Mattalattalah gelar ini muncul.
Adapun gelar Andi, pertama-tama yang menggunakannya adalah Andi Mattalatta untuk membedakan antara pelajar dari turunan bangsawan dan rakyat biasa. Dan gelar Andi inilah yang diikuti oleh turunan bangsawan Luwu, dan Makassar. Jadi di zaman Andi Mattalattalah gelar ini muncul.
Gelar “Andi” baru ada
setelah era Pemerintah Kolonial Belanda (PKB). Setelah 1905, Sulawesi Selatan
benar-benar ditaklukkan Belanda dan terjadi kekosongan kepemimpinan lokal.
Tahun 1920-1930an PKB mencanangkan membentuk Zelf
Beestuur (Pemerintah
Pribumi/Swapraja) yang dibawahi oleh Controleur (Pejabat Belanda)
untuk Onder Afdeling. Namun yang menjadi
pertanyaan adalah, jika memang Andi diidentikan dengan Belanda, mengapa pejuang
kemerdekaan (Datu Luwu Andi Jemma, Arumpone, Andi Mappanyukki, Ranreng Tuwa
Wajo Andi Ninnong) tetap memakai gelar Andi didepan namanya sementara mereka
justru menolak dijajah? tapi juga harus diakui bahwa ada juga yang berinisial
Andi yang tunduk patuh pada PKB. Nah ini yang kita harus bijak menilai antara
gelar dan pilihan personal terhadap kemerdekaan/penjajahan.
Secara umum Bangsawan
Bugis berasal dari pemimpin-pemimpin anang/kampung/wanua sebelum datangnya To
Manurung/To Tompo. Pimpinan-pimpinan kampung ini yang selanjutnya disebut
kalula/arung dengan nama alias/gelar berbeda-beda yang disesuaikan dengan nama
kampung/kondisi/perilaku bersangkutan yang dia peroleh melalui
pengangkatan/pelantikan oleh sekelompok anang/masyarakat maupun secara
kekerasan (peperangan bersenjata) yang selanjutnya diwariskan secara
turun-temurun kepada ahli warisnya, kecuali jika dikemudian hari ternyata dia
ditaklukkan dan diganti oleh penguasa yang lebih tinggi/kuat.
Sedangkan
To Manurung dan
To Tompo yang, ‘asal usul’
dan ‘namanya’ kadang-kadang tidak diketahui dan segala kelebihan-kelebihan dan
kekurangan-kekurangan yang dimilikinya, oleh sekelompok pimpinan
kalula/arung/matoa sepakat untuk mengangkatnya menjadi ketua kelompok
dikalangan kalula/arung yang selanjutnya menjadi penguasa/raja yang berarti
pula pondasi dasar sebuah kerajaan/negara telah terbentuk –dimana
tanah/wilayah, pemimpin/penguasa dan pengakuan dari segenap rakyat sudah
terpenuhi.
Penguasa/Raja
biasanya kawin dengan sesama To Manurung/To Tompo [jika dia
'ada'/muncul tanpa didampingi pasangannya] dan pada tahap awal cenderung
mengawinkan anak-anaknya dengan bangsawan lokal yang sudah ada sebelumnya.
Ketika kerajaan-kerajaan kecil tadi dalam perkembangannya menjadi kerajaan
besar, barulah perkawainan anak antar-kerajaan mulai diterapkan oleh Arung
Palakka.
FATIMAH
BANRI (WE BANRI GAU)
(1871 – 1895)
(1871 – 1895)
We Fatimah Banri atau
We Banri Gau Arung Timurung menggantikan ayahnya Singkeru’ Rukka Arung Palakka
menjadi Mangkau’ di Bone. Dalam khutbah Jumat namanya disebut sebagai Sultanah
Fatimah dan digelarlah We Fatimah Banri Datu Citta. Pada tahun 1879 M. kawin
dengan sepupu satu kalinya yang bernama La Magguliga Andi Bangkung Karaeng
Popo, anak dari We Pada Daeng Malele Arung Berru dengan suaminya I Malingkaang
KaraengE ri Gowa.
Yang menjadi tanda
tanya adalah :
- Apakah sebelum La Magguliga Andi Bangkung Karaeng Popo masih ada juga yang menggunakan nama/gelar itu sebelumnya?
- Mengapa kata ‘Andi’ yg digunakan/disepakati sebagai penandaan gelar bagi kaum bangsawan Sulawesi Selatan pada saat itu sampai dengan sekarang? Kenapa bukan Karaeng atau Raden atau Uwak atau dan lain-lain?
Urgensi tata cara
pandangan dalam asal-usul Andi itu sebenarnya karena tata cara pandang
tergantung nara sumber data yang dimilki.
Perbedaan dapat kita
lihat sebagai berikut yaitu :
Apabila yg memakai
data dari sytem pemerintahan yang pada proses pendudukan Belanda mungkin ada
benarnya bahwa Andi adalah pemberian Belanda, tapi ini akan menimbulkan
pertanyaan yaitu : Apakah pemberian nama Andi dimana posisi bangsawan saat itu
gampang dan mudah melihat yang mana pro dan anti terhadap Belanda karena baik
pro dan anti Belanda semuanya menyandang gelar itu?, lalu apakah contoh yang
paling mudah ketika Andi Mappanyukki sebagai tokoh yg mempopulerkan nama Andi
merupakan orang anti Belanda?
Dari pertanyaan
diatas dapat disimpulkan sementara bahwa kata asal-usul nama Andi adalah
pemberian Belanda telah gugur.
Apabila data yang
mengacu karena istilah penghormatan dari masyarakat luar Bugis atau akhirnya
digunakan oleh Belanda terhadap bangsawan Bugis dianggap karena sama sederajat
juga ada benarnya dimana yang dulunya istilah Adik adalah Andri menjadi Andi
itu sangat relevan karena contoh sangat konkrit adalah sosok Andi Mappanyukki pada
sejarah Kronik Van Paser yang namanya disebut hanya La Mappanyukki saja, namun
karena banyaknya tetua Bangsawan Wajo hidup di Paser saat itu hingga mengatakan
Andri sehingga masyarakat suku-suku Paser, Kutai dayak hingga Banjar sulit
menyebutkan dan menyebabkan penyebutan menjadi Andi saja, hal yang sama ketika
salah satu Ibukota Kerajan Kutai diberikan nama oleh masyarakat Bugis yang
bernama Tangga Arung namun sulit penyebutannya oleh masyarakat setempat menjadi
Tenggarong.
Ini juga menjadi data
akurat bahwa nama Andi adalah aktualisasi perubahan dari Andri yang tidak bisa
diucapkan dan akhrinya masuk ke wilayah orang Belanda dimana orang-orang bule
baik Belanda, Portugis hingga Inggris sulit menyebut huruf “R”.
Data yg paling cukup
kuat adalah bila suatu kampung (Wanua, Limpo) yang hampir seluruhnya didiami
oleh keturunan bangsawan dimana semuanya sejajar ketika dikampung mereka hanya
disebut La Nu dan hanya namanya La Nu tapi pada saat dia keluar secara otomatis
masyarakat luar melekatkan nama Andi didepannya.menajdi Andi Nu (sebenarnya
banyak tokoh di abad ke 18 telah diberi nama Andi sebelum Andi Mappanyukki).
Dari beberapa uraian
yang dipaparkan di atas mungkin sulit untuk mengambil kesimpulan asal-usul
gelar “Andi” bagi bangsawan bugis, namun yang terpenting adalah dengan membaca
beberapa referensi setidaknya kita dapat menambah wawasan kita tentang sejarah
Bugis.
(http://ajhirsaputra.blogspot.com)
Sejarah Songkok To Bone
Songkok Recca’ terbuat
dari serat pelepah daun lontar dengan cara dipukul-pukul (dalam bahasa Bugis :
direcca-recca) pelepah daun lontar tersebut hingga yang tersisa hanya seratnya.
Serat ini biasanya berwarna putih, akan tetapi setelah dua atau tiga jam
kemudian warnanya berubah menjadi kecoklat-coklatan. Untuk mengubah menjadi
hitam maka serat tersebut direndam dalam lumpur selama beberapa hari. Jadi
serat yang berwarna hitam itu bukanlah karena sengaja diberi pewarna sehingga
menjadi hitam. Serat tersebut ada yang halus ada yang kasar,
sehingga untuk membuat songkok recca’ yang halus maka serat
haluslah yang diambil dan sebaliknya serat yang kasar mengh asilkan hasil yang
agak kasar pula tergantung pesanan.
Untuk menganyam serat menjadi songkok menggunakan acuan yang disebut Assareng (lihat Foto sebelah Kanan) yang terbuat dari kayu nangka kemudian dibentuk sedemikian rupa sehingga menyerupai songkok. Acuan atau assareng itulah yang digunakan untuk merangkai serat hingga menjadi songkok. Ukuran Assareng tergantung dari besar kecilnya songkok yang akan dibuat.
Untuk menganyam serat menjadi songkok menggunakan acuan yang disebut Assareng (lihat Foto sebelah Kanan) yang terbuat dari kayu nangka kemudian dibentuk sedemikian rupa sehingga menyerupai songkok. Acuan atau assareng itulah yang digunakan untuk merangkai serat hingga menjadi songkok. Ukuran Assareng tergantung dari besar kecilnya songkok yang akan dibuat.
Sejak Kapan Munculnya
Songkok Recca’ (Songkok To Bone)?
Songkok recca’ (songkok to Bone) menurut sejarah, muncul
dimasa terjadinya perang antara Bone dengan Tator tahun 1683. Pasukan Bone pada
waktu itu menggunakan songkok recca’ sebagai tanda untuk membedakan dengan
pasukan Tator.
Pada zaman pemerintahan Andi Mappanyukki (raja Bone ke-31),
songkok recca dibuat dengan pinggiran emas (pamiring pulaweng) yang menunjukkan
strata sipemakainya. Akan tetapi lambat laun hingga sekarang ini siapapun
berhak memakainya. Bahkan beberapa kabupaten di Sulawesi memproduksinya
sehingga dapat dikatakan, bahwa songkok recca yang biasa juga disebut sebagai
Songkok To Bone yang merupakan hasil cipta, rasa, dan karsa orang Bone tersebut
mendapat apresiasi baik dari masyarakat Sulawesi maupun Indonesia pada umumnya.
Di Kabupaten Bone Songkok Recca/Songkok To Bone diproduksi
di Desa Paccing Kecamatan Awangpone. Di daerah tersebut terdapat
komunitas masyarakat secara turun temurun menafkahi keluarganya dari hasil
proses mengayam pelepah daun lontar ini yang disibut Songkok Recca atau Songkok
To Bone.(Teluk Bone)
Apakah itu Coppo' Walasuji ?
Istilah Wala Suji tidak
asing lagi bagi Bangsa Bugis. Jika Anda pernah mengunjungi acara adat atau
perkawinan Kerabat Bangsa Bugis, tentu Anda akan melihat suatu Baruga (gerbang)
yang dikenal dengan nama Wala Suji di depan pintu rumah mempelai atau yang
melaksanakan hajatan. Wala Suji ini terbuat dari anyaman bambu. Mengapa Wala
Suji harus menggunakan pohon bambu, karena pohon bambu dipercaya memiliki makna
filosofi .
Pohon bambu adalah sejenis tumbuhan yang sangat berguna bagi
kehidupan manusia. Ada satu sisi dari pohon bambu dapat dijadikan bahan
pembelajaran bermakna, yakni pada saat proses pertumbuhannya. Pohon bambu
ketika awal pertumbuhannya atau sebelum memunculkan tunas dan daunnya terlebih
dahulu menyempurnakan struktur akarnya. Akar yang menunjang ke dasar bumi membuat
bambu menjadi sebatang pohon yang sangat kuat, lentur, dan tidak patah
sekalipun ditiup angin kencang.
Metafora tersebut mengajarkan kepada manusia agar tumbuh,
berkembang dan mencapai kesempurnaan bergerak dari dalam ke luar, bukan
sebaliknya. Lebih jauh memahami filosofi pohon bambu tersebut, bahwa menjadi
apa sesungguhnya kita ini sangat tergantung pada pemahaman, penghayatan, dan
pengamalan kita tentang “Keimanan kepada Allah SWT” yang terdapat dalam hati
(qalbu) kita masing-masing.
Wala Suji ini merupakan cikal bakal tulisan lontara. Karena
pada masa-masa itu belum ada yang namanya pulpen, pensil dan sejenis alat tulis
lainnya. Huruf lontara ini pada awalnya dipakai untuk menulis tata aturan
pemerintahan dan kemasyarakatan. Naskah ditulis pada daun lontar menggunakan
lidi atau kalam yang terbuat dari ijuk kasar.
Wala suji berasal dari kata wala yang artinya
pemisah/pagar/penjaga dan suji yang berarti putri. Wala Suji adalah sejenis
pagar bambu dalam acara ritual yang berbentuk belah ketupat. Sulapa eppa (empat
sisi) adalah bentuk mistis kepercayaan Bugis-Makassar klasik yang menyimbolkan
susunan semesta, api-air-angin-tanah.
Sebenarnya konsep segi empat pada Wala Suji ini, berpangkal
pada kebudayaan orang Bugis-Makassar yang memandang alam raya sebagai sulapa'
eppa wala suji (segi empat belah ketupat). Menurut almarhum Prof DR Mattulada,
budayawan Sulawesi Selatan yang juga guru besar Universitas Hasanuddin,
Makassar, konsep tersebut ditempatkan secara horizontal dengan dunia tengah.
Dengan pandangan ini, masyarakat Bugis-Makassar memandang dunia sebagai sebuah
kesempurnaan.
Kesempurnaan yang dimaksud meliputi empat persegi penjuru
mata angin, yaitu timur, barat, utara, dan selatan. Secara makro, alam semesta
adalah satu kesatuan yang tertuang dalam sebuah simbol aksara Bugis-Makassar,
yaitu ‘sa’ yang berarti seuwwa, artinya tunggal atau esa. Begitu pula secara
mikro, manusia adalah sebuah kesatuan yang diwujudkan dalam sulapaq eppaq.
Berawal dari mulut manusia segala sesuatu dinyatakan, bunyi ke kata, kata ke
perbuatan, dan perbuatan mewujudkan jati diri manusia. Dengan demikian, Wala
Suji dalam dunia ini, dipakai sebagai acuan untuk mengukur tingkat kesempurnaan
yang dimiliki seseorang. Kesempurnaan yang dimaksud itu adalah kabara-niang
(keberanian), akkarungeng (kebangsawanan), asugireng (kekayaan), dan
akkessi-ngeng (ketampanan/kecantikan).
(Buginesse)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar